"Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada mereka yang sedang membaca ini ♥"

21 Julai 2012

Salam Ramadhan Buat Semua :)

// Assalamualaikum \\

  Hai :) Apa khabar semua ? Semoga sihat sejahteraaa selalu. Okay sekarang memang dah terlalu jarang untuk update blog. Malass satu sebab dan takde idea kadang-kadang untuk ditulis .Satgi kalau tulis merepek dah. hihi

Alhamdulillah tuhan masih beri peluang kepada fyda untuk terus hidup. Eh harini sudah tiba bulan ramadhan kan ?Rasa terlalu kejap .Lepastu esok rayaa ! Jyeahh dah raya. Woi ,belumlah ni baru first day puasa.
Siapa malam tadi solat terawih ? *kembangkan hidung* Malam tadi fyda tak pergi sebab terlalu penat and tidur jawabnye. My mum pon tak kejotkan fyda :/ So sad.
Alang-alang dah berpuasa fyda nak bagi sedikit hikmah bila kita puasa .
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

    JANGAN LUPA NIAT DULU SEBELUM PUASA :) 


    Selain tu kalau puasa banyak pahala yang kita dapat. Tapi kalau kita mengutuk, mengumpat pahala tu kurang jugak :') So kita kena lah jaga percakapan kita. Lagi satu bila dah puasa jangan malas untuk beribadah sayang .Macam tak berguna juga.

    Thanks yang ucapkan "Salam Ramdhan" dekat fyda sama ada kat twitter dan kawan-kawan facebook :)

    Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada Izlyn , Putri , Tykaa , Jihaa , Fatimah , Zain , Hazizie , Harith , Syarah , Syikin , Dira , Farisyaa dan semua lah taw. Dan-dan ikmal :P Heheww

    Jangan cuba ponteng taw tak baik dan Allah nampak .Hee
    # kepada form 3 korang nak trial kan lagi 9 hari . Good luck okay :)

    Sincerely
    Fyda Comel :*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan